•5:03 AM
Oleh: Mazarina Ismail
Tangan kanannya memegang epal hijau yang hampir separuh, tangan kiri pula menguis-nguis daun kering di bawah bangku putih. Sorot matanya kemudian terarah jauh ke hadapan. Tulip sudah pun berbunga.
Hatinya berlagu riang. Anganan untuk melihat tulip berpuput di dada sejak kecil. Bumi Amsterdam sedari dulu melambai-lambai menggamitnya datang mengejar tulip di tanah Belanda. Juga kisah potret dan lukisan-lukisan agung Rembrandt di Rijkmuseum pernah menakluki sekaligus memaksa atmanya untuk meneroka negara penjajah itu.
Dia gilakan seni. Dia mengagumi Van Gogh; menelusuri karya-karya Pablo Picasso ; jua menghayati luahan rasa puisi-puisi agung sasterawan negara.
Lantaran sejak kecil dikelilingi dengan buku-buku cerita dan dunia komik; dia jadi kepingin menghiasi hidupnya dengan rencam rasa bau helaian-helaian ilmu sepanjang hayat. Lantaran keluarga yang meminati dunia flora dan hidup dikelilingi dengan bunga-bunga; dia jadi gila bayang untuk memiliki secret garden yang penuh rahsia; mencicip kopi panas sambil bersantai tenggelam dalam dunia buku di taman larangan.
Dia perempuan yang kaya impian. Mewah dengan angan-angan, dan genta pengorbanan. Dia punya cita-cita agung. Mahu menjelajah sepertiga dunia. Mahu menjadi saksi tulip berbunga di tanah Belanda, mahu merakam seni bukti cinta Shah Jehan kepada surinya, Mumtaz Mahal. Dia mahu menghidu dan meneroka tanah Iran yang didominasi puak Syiah yang taksub merayakan Hari Karbala. Dia mahu menjejak tanah Afrika dan menghadam rutin anak-anak malnutrisi yang kekurangan segala makanan dan hidup kemiskinan.
Dia mahu menjadi sebahagian yang menghayati payah hidup manusia yang dari luhur Adam, tapi punya warna kulit yang rencam. Dan dia masih ingat, pasak perjalanan impiannya mengembara di tanah orang bermula di tanah Kenyalang. Tuhan memberinya peluang menggali pengalaman di daerah Iban itu. Pengalaman yang kadang menyeksa kujur jiwa dan badan. Pengalaman yang limpah dengan rindu; kadang diselang dengan tawa dan air mata.
**********************
(secebis drpd cerpen ke-3 ku....mula dinukil tika tahun pertama di tanah Kapit.. 2007)
20 comments:
hAI... INI BLOG BARU KE ? BANYAK BETUL BLOG KAMU. MESTI NI KHAS UNTUK CERPEN.
ANYHOW.... DAH BACA CERPEN SAYA ?
BOLEH KASI KOMEN TAK ? FIRST TIME TULIS CERPEN.
emm..mana SAYA boleh dapatkan sambungan cerpen ni...? bagus sekali... :-)
Wa hanya satu kata hebat lah.Salam sastra aja dari aku Indonesia arek Surabaya.
awak memang boleh menulis.
salam kenal.
teruskan..
bagus sekali bakat anda..
Tak lama hang bole jadi macam Nizam Zakaria @ limaunipis
nk baca cerpen sy, kasi almt email...x leh letak spenuhnya dlm nih...hak cipta terpelihara...hehehee
Salam,
Selamat berkarya dan terus berkarya...
thanks for ur compliments..
tagezoot:
hahaha...coba2 saja..
jaket biru:
lama x ke blog kamu..:D
pegawai khalwat:
ooo..nizam zakaria itu memang best
mazemie:
kamu juga!
fly:
gambar2 dlm blog kamu memang superb!
gtc:
blog ni khas tuk cerpen sj...
cahaya mata:
kalo mauk, kasi ad email..
paknekoes:
org surabaya kah?
salam, sekadar ingin berkongsi, ejaan van 'gough' yang sebenar ialah van gogh.
salam perkenalan.
salam..menarik...teruskan menulis
amanitium:
Tq...nanti betulkan..:)
arsaili:
salam juga!
salam, akak..
suka baca cerpen di sini..
sy nk baca cerita selebihnya boleh x? =)
berbakat :)
cerita mengasyikkan..terus menulis.
salam..
subhanallah...
penulisan yg mantop.. mmg berbakat besar :)